Rabu, 5 Mei 2010

Seloka Pak Kaduk


Nyanyian Seloka Pak Kaduk oleh pelajar SMK Tengku Indera Petra 1 bimbingan Cikgu Razak Rezeki Othman

Sabtu, 20 Mac 2010

HARI MESYUARAT AGONG PIBG SMKTIP 1 2010

Pada 10/03/2010 telah berlangsung mesyuarat agong PIBG peringkat sekolah yang telah dihadiri oleh para guru, ibu bapa pelajar-pelajar dan juga wakil daripada Pejabat Daerah Gua Musang. Majlis tersebut bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. Terdapat pelbagai isu dan agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya ialah mengenai isu disiplin dan juga pencapaian akademik para pelajar.
Gambar akan di 'update' kan selepas ini.

HARI MERENTAS DESA PERINGKAT SMKTIP 1

Pada 24/02/2010 telah berlangsung kejohanan merentas desa peringkat sekolah dengan jayanya. Kejohanan tersebut telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pelajar termasuk pelajar-pelajar khas SMKTIP 1.
Gambar-gambar kejohanan akan di 'update' kan selepas ini.

SELAMAT DATANG TAHUN 2010

Tahun baru 2010 telah bermula dan seperti biasa SMKTIP 1 juga kehilangan beberapa orang guru yang telah berpindah ke sekolah-sekolah lain. Namun, tempat mereka telah diganti dengan kehadiran beberapa orang guru baru yang telah bertukar ke sekolah ini.. Diharap dengan kehadiran guru-guru baru dan juga gandingan guru-guru lama SMKTIP 1 dapat memantapkan lagi sekolah ini demi menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.